Sunday 5 June 2011

Rangka

1.Ringkasan cerita
Mengisahkan seorang gadis bandar yang berpindah ke tempat baru.  Gadis berusia 15 tahun itu telah di hantar oleh kedua ibu bapanya ke kampung halaman tanpa di ketahui apa sebabnya.  Dia menerima situasi ini tanpa rela.  Sepanjang kehidupannya di kampung,  dia menerima pelbagai cabaran.  Pertemuannya dengan rakan sekampung memberikan sedikit semangat kepadanya.  Ketika dia berada di luar dunia moden,  tanpa pengetahuannya,  kedua-dua ibu bapanya turut berada dalam kesusahan atas satu kekeliruan yang belum tamat.  Gadis ini cuba menyiasat punca mengapa dia di hantar ke situ.  Kemunculan seorang wanita muda yang tiba-tiba menimbulkan tanda tanya.  Perpindahannya ke kampung itu manambahkan lagi kebencian bapa saudaranya yang sedari kecil tidak menyenanginya.  Gadis itu nekad untuk mengetahui punca sebenar dirinya di sisih sebegitu.

2.Konflik utama
  1. Gadis itu menerima pelbagai kat-kata sinis ketika di sekolah.  Dia sukar menerimanya kerana sikapnya yang sentiasa ingin berada di pihak yang benar.  Kekocohan mula timbul di sini.
  2. Dalam masa yang sama,  kedua ibu bapanya sedang mengharungi cabaran baru yang telah menyebabkan mereka  'melarikan' gadis itu.
  3. Timbul keinginan untuk mengetahui punca sebenar mengapa dia di hantar ke kampung dan mulai menyiasat.
  4. Kemunculan seorang wanita muda di kampung menimbulkan tanda tanya kepada gadis itu.  Sikap baik hati yang di paparkan oleh wanita muda itu langsung tidak membuatnya berasa curiga.
  5. Sikap bapa saudaranya yang tidak menyenanginya sedari kecil menambahkan lagi masalahnya kerana bapa saudaranya itu tinggal bersama ibu ayahnya(Encik Lokman).  Gadis itu mengetahui ada sesuatu yang membuat dirinya di benci oleh lelaki itu.
  6. Satu persatu peristiwa telah berlaku sehingga menimbulkan tekanan kepadanya.
3.Konflik sampingan.
  1. Berlaku sedikit salah faham bersama sahabat baik.
4.Watak-watak
  1. Gadis remaja berusia 13 tahun(Darwisyah)-pada mulanya sombong tetapi akhirnya bersikap sederhana.
  2. Rakan sekampung Darwisyah(Farhana)
  3. Ibu bapa Darwisyah(Lokman dan Zalikha)
  4. Nenek Darwisyah(mak tok Leha)
  5. Wanita muda(Hanis)
  6. Bapa saudara(Roslan)
5.Latar tempat
  1. Rumah kampung
  2. Kota besar.
  3. Sekolah.
  4. Tasek buatan.
  5. ?
  6. ?
6.Cuaca
  1. Panas terik
  2. Lembab
  3. Sejuk ketika malam.
7.Peristiwa lucu.
  1. Hampir terjatuh ketika sedang mencuri dengar perbualan mak tok Leha.
  2. tergigit cili padi ketika menjamu selera.

No comments:

Post a Comment