Saturday 9 July 2011

Bab 5 -

          Hampir 2 bulan Darwisyah tinggal di kampung itu.  Dia tidak punyai masalah untuk bergaul dengan sahabat-sahabat lain terutama di sekolah.  Syukur alhamdulillah,  mereka menerima kehadiran Darwisyah dengan senang.  Sangkaan Darwisyah,  dia akan menerima kesulitan jika dia mula berpindah ke sekolah baru.  Ternyata apa yang difikirkan olehnya jauh menyimpang.

         Hari ini Darwisyah mengikut nenek Leha ke rumah jirannya.  Kenduri perkahwinan akan diadakan pada esok hari.  Menurut apa yang dikatakan oleh nenek Leha kepada Darwisyah,  bakal pengantin lelaki itu seorang doktor pakar manakala pasangannya nanti pula adalah seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi di ibu kota.  Terpegun sebentar Darwisyah ketika mendengarnya.

“Darwisyah!  Sudah siap atau belum?”

Nenek Leha melaung lembut nama penuh cucunya.  Darwisyah yang mendengar tersenyum.  Suka benar dia apabila nama penuhnya disebut.  Walaupun namanya hanya satu patah perkataan,  namun cukup sukar bagi orang-orang sekeliling memanggilnya dengan nama penuh.  Waima ibu dan bapanya.  Isya.  Itu nama yang sering diungkap.

“Sudah mak tok!”  Darwisyah keluar dari balik tirai biliknya.  Baju kurung hijau pucuk pisang tersarung kemas di tubuhnya yang kurus dan tinggi.  Mahkota wanitanya tertutup liup dengan tudung rona senada.  Cantik!

“Amboi!  Cantiknya cucu mak tok.”

“Cucu mak tok,  mestilah cantik!”

Darwisyah membalas pujian neneknya dengan gurauan.  Tersengih apabila dipuji sebegitu.  Berbunga-bunga hatinya.

“Sudah.  Mari cepat.  Mak tok sudah lewat ni.”

Selipar putih bersihnya disarung lalu mengikut langkah nenek Leha.  Tempat yang ingin ditujuinya tidak jauh.  Hanya selang beberapa buah rumah sahaja.  Di selekoh simpang masuk ke rumah neneknya,  mereka bertembung dengan beberapa orang kampung yang turut ingin ke sana.  Pada pandangan mata Darwisyah,  mereka nampaknya sebaya dengan nenek Leha.  Darwisyah menyalami mereka tanda hormat setelah dikenalkan oleh neneknya.  Walaupun dia berasal daripada bandar,  tetapi didikan tentang adat dan adab sangat dititik beratkan oleh kedua orang tuanya.

“Anak siapa ni Leha?”  tanya salah seorang daripada mereka.

“Anak Lokman!”  jawab nenek Leha.  Bersemangat.

“Oh!  Sudah besar ya.  Berapa umurnya?”  tanyanya lagi.  Tampak teruja sekali.  Darwisyah hanya tersenyum.

“Sudah 15 tahun.”

Dari gaya perbualan mereka bersama mak tok,  kelihatan seperti mereka mengenaliku.  Cuma aku yang tidak mengenali mereka.

Getus hati kecil Darwisyah.  Mereka terus berbual.  Sesekali galak tawa mereka pecah.  Mungkin ada yang mencuit hati mereka ketika itu.  Darwisyah hanya mendegar.  Dia menikmati suasana kampung yang sudah lama tidak dirasai.  Walaupun ketika itu matahari pagi sudah lama muncul,  namun dingin embun pagi masih terasa.  Sejuk dan nyaman.

Sedang asyik menghirup haruman daun hijau sambil berjalan,  telinga Darwisyah disapa oleh satu pertanyaan oleh salah seorang daripada mereka.

“Ini anak Lokman?”

Darwisyah berpaling.  Wajah insan yang boleh dipanggil mak cik itu dipandang.  Berkerut dahinya.  Tidak terkecuali dahi Darwisyah juga.  “mengapa dia seperti hairan apabila mengetahui aku ini anak Lokman?”  bisik hatinya.

Beberapa saat setelah soalan itu diajukan,  tiada langsung jawapan yang diperolehi.  Nenek Leha hanya diam.  Lebih ajaib apabila melihat perubahan pada wajah neneknya.  Lain.  Seperti terkejut. 

“Bukankah Lokman…” 

“Er…  orang dah ramai tu.  Mari kita ke sana cepat.”

Mak cik tersebut bersuara.  Lagaknya seperti ingin menyatakan sesuatu,  namun cepat-cepat nenek Leha memotong percakapannya. 

“Pelik.  Apa yang mak cik itu cuba sampaikan?  Mak tok seperti tidak mahu mak cik itu menghabiskan ayatnya.  Kelihatan seperti sedang sorokkan sesuatu sahaja.  Ahh…  Tidak elok bersangka buruk sebegini.  Mak tok pernah berpesan.  Jangan bersangka sesuatu yang tidak baik tentang orang lain.  Berdosa.  Mak tok juga berkata jika menyedari diri kita mula berasa demikian,  kunci utamanya adalah dengan beristighfar.”

“Astagfirullah hal azim!”

Darwisyah cepat-cepat beristighfar dalam hati.  Kepalanya digelengkan beberapa kali.  Matanya juga dipejamkan sedetik.  Mengusir jauh rasa itu.  Sebaik sahaja Darwisyah membuka mata,  baru dia menyedari bahawa dia keseorangan ketika itu.  Neneknya dan lain-lain sudah jauh ke hadapan.

Cepat sahaja Darwisyah membuka langkah kaki.  Cuba mengejar.  Namun anak matanya dapat menangkap pandangan aneh yang dilemparkan salah seorang daripada mak cik yang bersamanya sebentar tadi.  Mak cik yang cuba menyatakan sesuatu tetapi dipintas laju oleh neneknya.

“Seperti ada yang sedang disembunyikan…”  Hatinya mula bergetar.

Tanpa Darwisyah menyedari,  ada sepasang mata sedang memerhatinya dari jauh.


*****

Seminggu sebelum itu…


Puan Normah duduk di sofa sambil menyilang kakinya.  Urat-urat rambut halus berwarna putih mula kelihatan di kepalanya.  Tetapi hanya sedikit.  Itupun kerana rambut baru yang mulai tumbuh.  Selebihnya sudah bertukar warna kepada coklat gelap.  Semuanya untuk mengaburi pandangan masyarakat daripada melihat rambut putihnya atupun lebih tepat uban.

Mata wanita itu merenung tepat ke arah wajah seorang gadis dewasa.  Umurnya sekitar 30-an.  Gadis dewasa itu duduk bersandar berhadapan dengan Puan Normah.  Lagaknya bersahaja.

“Bagaimana?  Boleh tolong Mak Su?”  Puan Normah bertanya.

“Boleh.  Mak Su nak Qasya buat apa?”  jawab gadis.

Gadis yang menggelar dirinya Qasya itu adalah anak saudara kepada Puan Normah.  Anak kepada abang sulungnya.  Qasya masih lagi bujang.  Dia baru sahaja tamat belajar di luar negara.  Selepas kembali ke tanah air beberapa hari lalu,  Qasya masih lagi belum berkerja.  Hadir dalam keluarga yang berharta,  tidak sukar baginya untuk memperoleh semua itu.  Apatah lagi keluarganya punyai empayar perniagaan sendiri.

“Tengok gambar ni.”

Puan Normah melempar kasar 2 keping gambar di atas meja kaca di hadapan mereka.  Berselerak.  Qasya mengambilnya.  Tidak puas dengan sekeping gambar,  dia mencapai sekeping lagi.

“Gambar siap ni Mak Su?”  soalnya sambil merenung gambar itu.

“Qasya tak perlu tahu siapa.  Sekarang Mak Su mahu Qasya pergi cari budak perempuan ni.  Jika sudah dapat,  cuba dekati dia.”

Puan Normah diam selepas itu.  Wajahnya penuh angkuh.  Kulit wajahnya yang sememangnya berkedut bertambah berkedut jadinya.

“Itu sahaja?”  soal Qasya lagi.  dia mempamerkan mimik muka sedikit hairan.

“Buat masa sekarang,  itu sahaja yang Mak Su mahu Qasya lakukan.  Arahan seterusnya,  Mak Su akan beritahu nanti.  Faham?”

“Faham Mak Su!”

Qasya menjawab.  Mereka berpandangan sebentar.  Bibir masing-masing mengukir satu senyuman yang sukar di mengerti.  Hanya mereka dan Allah yang tahu.

“Apa yang faham tu Qasya?”

Suara lelaki tiba-tiba kedengaran ketika itu.  Dua pasang mata berpaling mencari arah suara tersebut.  Riak terkejut sedikit terlihat di wajah masing-masing.

“Pak Su!  Terkejut Qasya!”

Encik Zulkarnain rupanya.  Dia yang baru muncul dari tingkat atas menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.  Qasya tersenyum lebar.

“Apa yang fahamnya?  Dari atas lagi Pak Su dengar?”  Encil Zulkarnain bertanya lagi.  dia melabuhkan punggungnya di ruang sofa yang kosong.

“Abang ni.  Terlupakah apa yang kita rancang sebelum ni?”  Puan Normah cuba mengingatkan suaminya.

“Oh!  Jadi,  Qasya terima tawaran kita?”

“Mestilah!”  jawab isterinya penuh semangat.

“Baguslah jika begitu.  Pak Su tahu,  Qasya bijak dalam perkara ini.  Ingat!  Jika hasilnya memuaskan,  ganjaran lebih besar menanti Qisya.”

Senyuman Qasya bertambah lebar apabila mendengar janji yang dituturkan oleh bapa saudaranya.  Matanya yang bercelak hitam bertambah bulat jadinya kerana sangat teruja.

Beberapa minit berbual,  Qasya mohon undur diri.  Dia bangun dari tempat duduknya.  Skirt paras lututnya di tarik-tarik agar tidak melekat di tubuhnya.  Blouse kemejanya dirapikan sebelum mencapai tas tangannya.  Kepingan foto disimpan kemas di dalam beg tersebut.

“Mak Su,  Qasya pulang dahulu.  Jika ada apa-apa Mak Su hubungi Qasya ya,”  ujar Qasya ketika memeluk Puan Normah.

Tiada lagi budaya salam-menyalam dalam hidupnya.  Apatah lagi ucapan salam ketika mengunjungi rumah tersebut.  Begitu juga ketika ingin berpisah. 

Qasya hanya mengenali budaya bersentuh-sentuh pipi selain daripada menghulur tangan untuk bersalaman.  Manakala ucapa ‘hello’ pula menggantikan ucapan assalamualaikum.  Sama juga ketika ingin berpisah.  Ucapan ‘bye-bye’ yang akan kedengaran. 

Bagi Qasya,  ucapan-ucapan itu tidak sesuai digunakan lagi ketika itu.  Itulah tanggapannya selepas ditegur oleh seorang wanita tua di sebuah gerai makan suatu hari.  Ucapan salam dalam kehidupan harian bukanlah satu perkara yang tidak ada apa-apa kebaikan.  Malahan ada baiknya.  Rasulullah pernah bersabda,  “Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur” ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib ).


*****


Di banglo mewah milik Encik Lokman,  Puan Zalikha sedang menyelongkar kasar laci biliknya.  Hampir kesemua laci-laci di bilik itu di buka.  Tidak cukup dengan laci almari pakaian,  almari meja milik Encik Lokman turut di bukanya.  Habis berterabur helaian-helaian kertas di lantai.

“Ya Allah Ika!  Apa yang awak buat ni?”  menjerit kecil Encik Lokman ketika melangkah masuk ke dalam biliknya.  Matanya meliar memandang lantai bilik.  Apa sudah jadi dengan bilik ini?  Ujarnya dalam hati.

“Abang,  abang ada nampak atau tidak sampul surat berwarna coklat?”  pertanyaan Encik Lokman dibalas dengan pertanyaan kembali oleh isterinya.  Tangannya ligat mengeluarkan satu persatu barang daripada dalam laci yang ditarik keluar.

“Sampul surat coklat?”  suara Encik Lokman kedengaran.

“Ya!  Sampul surat berwarna coklat. Saiznya lebih kurang kertas A4 dan tidak ada sebarang tulisan di atasnya.  Ada nampak atau tidak?”

Sedar akan Encik Lokman akan bertanya lagi,  Puan Zalikha terlebih dahulu memberitahu.  Peluh sudah mula merenek di dahinya.  Tudung yang tersarung di kepala sudah senget dan hilang bentuk.

“Tidak pula.  Ika simpan di mana sebelum ini?”  soal Encik Lokman pula.  Helaian kertas yang bertaburan di lantai dikutip lalu disusun kemas sebelum meletaknya di atas meja tulisnya.

“Ika simpan di dalam laci almari itu,”  jawab Puan Zalikha sambil menunding jari ke arah sebuah almari pakaian.

Encik Lokman memandang arah yang di tunjuk oleh isterinya.  Dia menarik nafas panjang dan menghembus perlahan.  Wajah isterinya yang sudah basah dek peluh ditatap.

“Betul awak simpan di situ?  Atau pun di tempat lain?”  Encik Lokman cuba mengembalikan ingatan Puan Zalikha jikalau dia tersalah letak.

“Tidak!  Ika yakin.  Ika simpan dalam laci almari itu,  bersama dengan sijil-sijil dan surat penting milik Darwisyah.”

Sebaik sahaja Puan Zalikha menghabiskan ayatnya,  serta-merta dia berpaling dan memandang wajah suaminya.

“Sijil Darwisyah!  Ya Allah!”

Terkesima pasangan suami isteri itu.  Masing-masing kaku di tempat duduk.  Encik Lokman meraup wajahnya.  Matanya mulai bergetar.  Perasaan Puan Zalikha sudah berkecamuk.  Risau,  takut,  cemas.  Semuanya sudah menjadi satu.

“Tidak mungkin…”  rintihnya dalam hati.

Wednesday 15 June 2011

Bab 4 -

            " Tak guna!"  jerit Encik Zulkarnain.  Lantang.  Stereng keretanya ditumbuk kuat.  Titisan peluh mula merenek di dahi.  Wajahnya pula mulai merah.  Tangan kanannya yang memegang kepala nampak bergetar.  Geram hatinya apabila memikirkan kejadian di rumah adiknya.  Bibir hitamnya diketap kuat.

            "Abang,  sabar bang!"  Puan Normah yang begitu terkejut dengan kelakuan suaminya bersuara.  Dia cuba menenangkan lelaki itu.  Kelajuan kereta yang semakin lama semakin laju menambahkan lagi rasa gerunnya.  Dia sedar suaminya berada dalam emosi yang tidak stabil ketika ini.  Pedal minyak di kakinya semakin kuat ditekan.  Tiada langsung tanda-tanda untuk memperlahankan kelajuan.

            "Berani Zalikha mengatakan abang tiada hak ke atas harta itu!"  katanya lagi.  Kali ini kelajuan kereta semakin kurang.

            "Betul tu.  Nor tidak sangka dia boleh berkata begitu,"  kata-kata lelaki itu disokong oleh isterinya.  Wanita itu lega,  apabila melihat Encik Zulkarnain mula bertenang walaupun kemarahannya masih lagi bersisa. Wajah tua suaminya di pandang sekilas samblil tersenyum sinis.

            Lagak Puan Normah tampak lain.  Dalam diam-diam,  dia sebenar mempunyai agenda untuk disuarakan kepada suaminya.


*****

           Di Kampung Alur Mutiara,  seorang gadis kurus tinggi sedang termenung di bawah rimbunan pokok rambutan yang sedang galak berbuah.  Hari itu hari sabtu.  Sabtu pertama setelah beberapa hari dia menjadi 'penduduk' di kampung itu.

           "Termenungkan siapa tu?"  satu suara menyapa di telinganya.  Darwisyah berpaling mencari arah suara itu.  'Nenek'.  Dia berbisik dalam hati.  Senyuman hambar dilemparkan.

           Neneknya berjalan menghampiri cucunya.  Perlahan dan penuh berhati-hati.  Darwisyah mengesot sedikit untuk memberi ruang untuk neneknya melabuhkan punggung.  Wajah tua itu ditatap lembut.

           "Rindukan ayah dan mama ya?"  nenek bertanya lagi.  Kali ini wajah bujur sirih milik cucunya dipandang.

           "Mestilah Isya rindu,"  Darwisyah menjawab.  Wajahnya ditundukkan memandang hujung jari kakinya.    Tiba-tiba sahaja jiwanya terasa begitu sedih.

           Nenek Leha mengurut lembut belakang tubuh cucunya.  Dia faham perasaan Darwisyah.  Apatah lagi sedari kecil gadis itu langsung tidak pernah berenggang dengan kedua orang tuanya.  Melihat kesedihan cucunya,  dia turut dirundung perasaan yang sama.

           "Tak apa.  Mak tok ada,"  hanya itu yang mampu dibalas.

           "Mak tok,"  Darwisyah yang tampak sugul pada mulanya kini bersuara.  Sedikit bersemangat nadanya.

           "Boleh Isya tanya sesuatu?"  sambungnya kembali.  Daun kering ditangannya diracik-racik halus.  Hilang bentuknya.

           "Darwisyah ingin tanya tentang apa?"  pertanyaan Darwisyah dibalas dengan pertanyaan kembali oleh neneknya sambil mata tuanya memandang sekilas ke arah kain jemuran di ampain yang berkibar-kibar dihembus semilir kampung yang nyaman.

           "Ayah dan mama ada sembunyikan sesuatu daripada Isya?"  lancar sahaja ayat yang keluar dari bibirnya.

           Tersentap nenek Leha!  Dalam diam,  rupanya Darwisyah mengatahui apa yang sedang bergolak ketika ini.  Tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan cucunya itu.  Seharusnya cucunya tidak terlibat sama,  tetapi oleh kerana dia adalah 'Darwisyah' perkara ini tidak mampu dielak.

           "Betulkah mak tok?"  dia bertanya lagi.

           "Kenapa Isya kata begitu?"  nenek Leha cuba berbual lagi.

           "Bertahun Isya tinggal dengan ayah,  dengan mama di bandar sana.  Sejak kecil lagi.  Berenggang walaupun 1 hari pun tidak pernah,"  Darwisyah diam beberapa saat.  Nafas diambil dan menyambung kembali ayatnya,  "tiba-tiba sahaja,  ayah dan mama buat Isya begini.  Hantar Isya ke kampung dan tinggal dengan nenek.  Bila Isya tanya kenapa,  ayah dan mama diam.  Ayah dan mama macam tak sayangkan Isya lagi."

           Nenek Leha mendengar luahan cucunya penuh kasihan.  Lagak cucunya seperti tidak selesa dengan semua ini,  apatah lagi gembira.

           "Isya dengan cakap mak tok.  Allah kurniakan zuriat kepada setiap pasangan suami isteri untuk di sayangi.  Setiap daripada zuriat yang dilahirkan adalah pembuka pintu rezeki kepada keluarga tersebut.  Isya adalah zuriat ayah dan mama.  Isya adalah pembuka pintu rezeki mereka selama ini.  Untuk pengetahuan Isya juga,  mama sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga,  mendidik Isya.  Mama tidak sanggup biarkan Isya membesar di telapak tangan orang lain,  bahkan ditangan mak tok sekali pun."

           Nenek Leha diam.  Suasana petang menjadi sunyi.  Suara unggas sesekali kedengaran.  Jeritan anak-anak kecil yang riang bermain bersama rakan-rakan lain menerjah pendengaran.  Sanubari Darwisyah beralun sayu mendengar bicara nenenknya.

          "Isya nampak.  Betapa sayangnya mama terhadap Isya.  Ayah pula sanggup berkerja siang malam untuk mengukuhkan kehidupan ketika itu kerana mama dah berhenti kerja,  sehingga berdirinya syarikat Puncak Holding miliki ayah.  Itu semua untuk Isya."

         Bicara nenek sudah terhneti.  Darwisyah mendongak mencari anak mata nenek Leha.  Bebola mata Darwisyah seperti meminta kepastian tentang semua itu.  Nenek Leha yang mengerti,  mengangguk.  Rasa kesal di hatinya tiba-tiba bertandang.

         Deringan telefon di dalam rumah menyedarkan Darwisyah dan nenek Leha.  Nenek Leha pantas menyarung selipar lusuh yang di tanggalkan dan berjalan ke muka pintu.  Tubuh nenek Leha hilang dari pandangan dan deringan telefon yang nyaring sebentar tadi turut mati.

         Darwisyah temenung sebentar.  Kata-kata neneknya berlegar di fikiran.  'Ya Allah!  Jauhnya aku berfikir,'  bisiknya.

         Balam-balam senja mulai kelihatan.  Darwisyah mengutip kain jemuran di ampaian lalu berjalanmasuk ke dalam rumah.


*****

         "Apa lagi yang dikatanya?"

         Saat Darwisyah ingin ke biliknya,  suara perbualan nenek dengan seseorang menyapa gegendang telinganya.  'Dengan siapa nenek berbual?'  gerutunya di dalam hati.

         Seperti ada magnet yang menariknya untuk terus mendengar.  Telinga kirinya dilekapkan ke dinding kayu,  yang memisahkan tempat di mana neneknya yang sedang berbual dan tempat dia berdiri.

         "Kamu yakin dia nekad inginkan dapatkan juga?"  soal nenek lagi.

         'Dapatkan apa?'  Darwisyah bertanya sendiri.  Sayangnya perbualan pihak di sebelah sana tidak dapat di dengar oleh Darwisyah.  Dia juga tidak tahu siapa yang sedang menyahut pertanyaan nenek ketika ini.

          "Apa pula kata Zalikha?"  suara nenek kedengaran lagi.

          "Zalikha?  Itukan mama!"  getus Darwisyah,  "Pasti mak tok sedang bercakap dengan ayah.  Tetapi apa yang mereka bincangkan?  Siapa pula 'dia' yang di katakan oleh nenek?"

          Krek!

          Bunyi lantai kayu yang dipijak seseorang menyentap tumpuan Darwisyah.  "Usu Roslan!"  Dia berkata sendiri.  Darwisyah tahu Usu Roslan sudah pulang dari ladang.  Bimbang dirinya disindir,  dia cepat-cepat beredar menuju ke biliknya.  

          Pintu bilik ditutup cermat.  Dia mencapai tuala lalu melilitnya di leher.  Darwisyah yang pada mulanya ingin membersihkan diri kini sudah duduk di birai katil bujangnya.  Dia marah akan bapa saudaranya kerana menganggu tumpuan dia untuk mnedengar perbualan diantara nenek dan ayahnya.

          "Siapa tu mak?'

          Telinga Darwisyah di sapa oleh suara Usu Roslan.  Nenek Leha yang baru meletak gagang telefon mengurut dada.  Terperanjat dengan suara anaknya.

          "Kamu ni Roslan.  Cuba bagi salam dahulu!"  marah nenek.  Usu Roslan hanya menyeringai.

          "Abang kamu,"  pendek jawapan yang diberikan.

          Sebaik sahaja mendengar nama abangnya,  Usu Roslan mengeluh.  Wajah ibunya dipandang lalu bertanya,  "apa pula masalah kali ni?"

           Usu Roslan bertanya lagi.  Darwisyah yang tekun memasang telinga di dalam bilik langsung tidak bergerak walaupun seinci.  Dia benar-benar ingin tahu isi bicara nenek dan ayahnya.  Beberapa saat menunggu,  suasana menjadi sunyi.  Tiada bunyi suara Usu Roslan dan neneknya.  "mengapa diam?"  dia menyoal sendiri.

           "Beri sahaja barang tu kepada mereka mak."  suara Usu Roslan memecah kesunyian.  Darwisyah tersentak.  Nada suara bapa saudaranya juga berubah.  Seperti marah.

           "Tidak boleh.  Itu bukan milik mereka."

           Nenek Leha pula bersuara.  "Apa yang sedang berlaku ni?  Barang apa yang dimaksudkan oleh Usu?"  Darwisyah berteka-teki.

            "Mak, selagi mereka tidak dapat barang yang mereka inginkan itu,  selagi itu mereka akan menganggu keluarga kita.  Lan sudah beritahu sejak dahulu lagi.  Jangan ambil!  Lihat.  Inilah yang terjadi.  Tidak mungkin Abang Man tidak fikir baik buruk yang akan terjadi pada hari yang mendatang."  Keras suaranya.

            "Kamu perlu faham hukumnya Lan.  Bukankah mak sudah beritahu perkara sebenar sebelum ini."

             Diam.  Tiada balsan daripada Usu Roslan.

            "Sudah.  Waktu hampir senja.  Bersihkan diri.  Kita berjemaah sekali."

            Nenek memberi arahan.  Tidak lama kemudian,  kedengaran pintu bilik Usu ditutup.  Darwisyah yang masih tertanya-tanya pa yang cuba di katakan oleh nenek dan bapa saudaranya terperanjat apabila nenek melaung namanya untuk segera mandi.  Terkocoh-kocoh dia keluar.

            Sepanjang malam,  hatinya meronta-ronta ingin tahu apa sebenarnya rahsia yang cuba disorok oleh kedua ibu bapanya sehinggakan Usu Roslan dan nenek berselisih faham.

           

         
         

       

         

           



      

Saturday 11 June 2011

Bab 3 - Perebutan mula berlaku

            Rumah-rumah agam di taman perumahan mewah itu kelihatan tenang.  Sesekali deruan beberapa buah kenderaan memecah kesunyian.  Rata-rata pemilik banglo mewah itu tiada di rumah ketika itu.  Mereka mungkin berada di pejabat atau pun tempat kerja.  Yang tinggal hanya pembantu rumah bersama tukang kebun dan pemandu.


           Sebuah banglo yang berukir tanda nama 'Teratak Syurga' itu tidak terlalu sunyi seperti banglo-banglo lain.  Puan Zalikha sedang bertungkus-lumus menyediakan hidangan tengah hari.  Tidak seperti pemilik banglo di kawasan tersebut yang menyediakan khidmat pembantu rumah untuk memasak dan mengemas rumah,  Puan Zalikha selesa melakukan sendiri.  Encik Lokman pula berada di luar rumah.  Bekas makanan ikan dicapai lalu dilemparkan ke arah kolam ikannya.


           Setengah jam berlalu,  urusan memasak selesai.  Puan Zalikha segera naik ke atas dan membersihkan diri.  Dia dan suaminya akan dikunjungi oleh tetamu hari itu.  Semestinya dia dan Encik Lokman harus berada dalam keadaan yang selesa.


           "Abang!  Cukup-cukuplah bercakap dengan ikan tu.  Masuk dan bersihkan diri.  Sekejap lagi mereka akan sampai,"  Puan Zalikha menegur suaminya yang leka 'berbual' dengan ikan kesayangannya.  Begitulah rutian harian suami Puan Zalikha,  Encik Lokman.  Setiap hari,  dia akan meluangkan masa untuk berbual dengan ikannya,  walaupun hanya seminit.


           "Baiklah.  Kamu sudah habis masak Ika?"  tangannya di kibas-kibas untuk menghilangkan habuk makanan ikan yang melekat.


           "Sudah.  Hanya tunggu tetamu sahaja."


           Encik Lokman mula bergerak masuk ke dalam rumah.  Puan Zalikha yang sudah berpakaian kemas melabuhkan punggung di buaian berhampiran pintu masuk rumah itu.  Berkeriuk bunyiny.  Fikiran wanita bertubuh besar itu mulai merawang.  Bimbang apa yang akan terjadi nanti.  Dalam masa yang sama,  naluri keibuannya begitu rindukan anak gadisnya itu.  Lma Puan Zalikha termenung di situ.


           Bunyi hon di hadapan pintu pagar menghambat jauh lamunannya.  Bebola mata dihalakan ke pintu pagar.  'Sudah tiba!'  Bisik hatinya.  Puan Zalikha berlari masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian,  pintu pagar elektrik sudah terbuka luas tanda menjemput masuk tetamu yang berkenderaan mewah itu.


           "Apa khabar Ika?  Lama tidak berjumpa,"  kakak ipar Puan Zalikha memeluknya kemas selepas bersalaman.


            "Alhamdulillah,  khabar baik kak long.  Kak long pula sihat?"

            "Macam inilah Ika."

           Isteri kepada abang sulungnya itu menjawab.  Kakak iparnya yang lebih selesa disapa kak long meleraikan pelukan.  Puan Zaliha tahu kak longnya tidak selesa.  Bukan sehari dua dia mengenali kakak iparnya itu.


            "Assalamualaikum.  Silakan masuk abang long,  kak long,"  Encik Lokman yang baru muncul menjempu masuk tetamu.  Rumah dan mesra layanannya.


            Encik Zulkarnain dan isterinya,  Puan Normah mengatur langkah.  Kini mereka sudah berada di ruang tamu banglo milik pasangan suami isteri itu.  Tangan Puan Normah yang sedari tadi asyik mengibas-ngibas leher mula diturunkan.  Bebola matanya pula meliar memandang ruang mewah tersebut. 


            Entah apa yang tidak kena dimatanya,  Puan Zalikha pun tidak mengerti.  Lebih kurang setengah jam bertanya khabar dan berbual,  tuan rumah iatu Puan Zalikha menjemput mereka untuk menjamu selera.  Hidangan sudah tersaji di atas meja makan.  Masakan kampung menjadi santapan merek berempat.  Berselera sekali,  terutama Encik Zulkarnain dan suaminya.  Lain pula dengan kakak iparnya,  Puan Normah.  Gayanya seperti tiada selera.  Hanya menguis-nguis nasi itu.  Sesekali dia menyuap ke mulut,  seperti terpaksa.


            "Abang long sudah lama sampai.  Tapi tak nampak pula kelibat Darwisyah,"  Encik Zulkarnain bersuara ketika sedang berehat setelah selesai menjamu selera.


            "Ya.  Kak long pun tidak nampak dia.  Rasa rindu pula,"  sambung isterinya pula sambil tersengih-sengih.


            Janggal sekali pendengaran Puan Zalikha.  Tidak pernah Puan Normah dan Encik Zulkarnain bertanyakan tentang anaknya selama ini.  Apatah lagi menyatakan rasa rindu akan gadis itu.  Begitu juga dengan kedatangan mereka hari ini.  Semenjak mereka menetap di taman perumahan ini,  inilah kali pertama keluarga abang sulungnya itu datang bertandang.


            "Darwisyah tiada di sini.  Maklumlah,  cuti sekolah 2 hari.  Mahu berjalan-jalan katanya."


            Encik Lokman menjawab.  Wajah gusar Puan Zalikha dijeling sekilas.  Anak mereka bersatu dan ada bicara di situ.


            "Abang long ada perkara yang nak diperkatakan."


            Suasana yang pada mulanya meriah dengan gelak tawa sesama saudara sudah bertukar serius.  Encik Zulkarnain menyatakan tujuan dia ke sini.  Puan Zalikha mulai gusar.  Tepat sekali tekaannya!


            Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada abangnya beberapa minggu lepas yang menyatakan niat untuk datang menziarah,  Puan Zalikha sudah dapat mengesan sesuatu.  


            "Berkenaan harta arwah mak."


            Ya!  Itu tujuan sebenar mereka.  Bukannya untuk menziarah.  Puan Zalikha bertambah jelik apabila melihat kelakuan kakak iparnya.  Kepalanya diangguk-anggukkan tanda mengiakan kata-kata suaminya.  Persis burung belatuk.


            "Mengapa dengan harta arwah mak?"  kali ini PuanZalikha pula bertanya.  Dia cuba menunujukkan bahawa dia tidak memahami apa yang dkatakan oleh abang kandungnya.


            "Bukankah semua harta peninggalan arwah mak ada pada kamu,  jadi abang long dan kak long datang ingin menuntut hak kami."


            'Kami?  Siapa yang lebih berhak sebenarnya?  Bukankah abang long.  Mengapa pula kak long yang beria-ia menjawab?'  bisik hati Puan Zalikha sambil melihat melalui ekor mata.


            "Abang long..."  Puan Zalikha berhenti sejenak menarik nafas panjang sebelum kembali menyambung,  "Abang long tahukan,  itu semua wasiat arwah mak untuk dia."


           Usai sahaja Puan Zalikha berkata begitu,  wajah Encik Zulkarnain terus berubah.  Jika pada awalnya manis,  kini sudah pahit.  Jika sebentar tadi tersenyum,  kini mulai menyinga.


           "Tahu,"  suaranya mulai meninggi,  namun masih terkawal.  "Kamu ibunya,  kamu boleh lakukan."


           "Tapi itu bukan hak Ika lagi."  balas PuanZalikha.  Pantas.


           "Atau kau sekeluarga mahu bolot semuanya?  Begitu?"


           Tergamam wanita itu.  Tidak percaya abangnya sanggup berkata begitu.  Encik Lokman yang sedari tadi menjadi pendengar mulai gelisah.  Dia dapat mengagak apa yang akn terjadi seterusnya.


           "Betul cakap Ika,  abang long.  Jika abang long menganggap bahawa kami ingin mebolot semuanya,  itu mustahil.  Kerana semua itu bukan atas nama kami berdua.  Kami tiada hak untuk itu semua."


           "Kalau kamu tiada hak,  serahkan kepada abang long,"  bidas Encik Zulkarnain.


           "Tidak boleh!"  ucap Puan Zalikha.


           "Mengapa tidak boleh?"  Encik Zulkarnain kembali menyoal.  Garang.


           "Abang long juga tiada hak,"  jawab Puan Zalikha.  Suaranya mulai bergetar.


           "Mengapa aku tiada hak?  Aku anak sulung.  Aku lebih berhak dari kau!  Dan sepatutnya harta itu jatuh ke tangan aku,  bukannya kau!"


           Encik Zulkarnain sudah hilang pertimbangan.  Hilang sudah gelaran 'abang long' dan 'Ika'.  Diganti dengan 'kau' dan 'aku'.  Ya Allah!  Inikah peribadi sebenar abangku.  Bisiknya dalam hati.  Dalam masa yang sama,  abang dan kakak iparnya sudah bangun dari sofa empuk buatan luar negara itu.


               "Sudah!  Nor,  mari kita pulang!"  dia mengajak isterinya pulang.  Wanita yang berambut perang itu menurut arahan suaminya.  Langkah Encik Zulkarnain dituruti.  Dia juga sempat melemparkan jelingan tajam ke arah Puan Zalikha.  


               "Aku akan tuntut harta tu.  Ingat!"  itu kata-kata terakhir Encik Zulkarnain sebelum hilang dibalik pintu kereta BMW 5series miliknya.  Berdegam bunyi pintu kereta itu apabila ditutup dengan kuat.


               Encik Lokman dan Puan Zalikha yang menghantar mereka dimuka pintu menjadi pegun.  Terkejut dengan situasti yang berlaku.  Encik Lokman tampak lebih tenang berbanding Puan Zalikha.


               "Ika tak sangka abang long boleh bersikap begitu dengan Ika,"  adu Puan Zalikha setelah lama mereka diam.


               "Orang tengah marah.  Macam-macam boleh jadi Ika.  Lama-lama nanti redalah marah dia.  Tak perlulah awak sedih begini."


                Pujuk Encik Lomkman.  Wajah isterinya ditatap penuh kasih sayang.  Sedikit-sebanyak dia turut terasa dengan kelakuan abang iparnya.


               "Ika tidak rasa begitu.  Abang dengarkan tadi,  abang long sempat kata yang dia akan tuntut harta tu.  Dia ugut kita bang!"  selarnya lagi.  Nadanya mulai sendu.


               'Ya!  Abang dengar Ika.  Sangat jelas.'  Balas Encik Lokman.  Tetapi tidak terluah dek kata-kata.  


               "Abang long seorang yang keras hati.  Dia boleh bertindak di luar jangkaan.  Apatah lagi jika ada yang menghasut."


               Encik Lokman tahu.  Kata-kata terakhir itu ditujukan kepada kakak iparnya sendiri,  Puan Normah.  Encik Lokman juga seperti isterinya,  sudah kenal luar dan dalam hati wanita yang bernama Normah itu.


              Wajah Darwisyah mula tergambar di fikiran Puan Zalikha.  Kebimbangan tentang keselamatan anaknya semakin menggunung selepas menerima kata-kata berupa ugutan daripada abangnya.  


             Mereka berjalan perlahan  masuk ke rumah.  Ya Allah,  kau lindungilah keluargaku dari sebarang perkara buruk!


              
           


           


           




         

Tuesday 7 June 2011

Bab 2 - Bertemu saudara baru

          Embun pagi mula menitik halus.  Dedaun hijau mengeluarkan aroma nyaman.  Seawal subuh lagi,  Kampung Alur Mutiara sudah basah disiram titisan hujan lebat.  Terasa dingin seisi alam.  Menghampiri pukul 7 pagi,  ufuk mentari mulai menjengah dari arah barat.  Bayang-bayang penghuni alam terbentuk di sana sini.  Sang unggas terbang mencari sesuap nasi seperti mana seorang yang bergelar manusia.


          "Mak tok.."  Darwisyah bersuara seperti merengek.  Hujung tudung sekolahnya dipintal-pintal dengan jari runcingnya.


           Hari ini merupakan hari pertama Darwisyah bersekolah di sekolah baru.  Pakaian seragam sekolah sudah tersarung kemas di tubuhnya.  Lengkap bertudung.  Demi mengambil hati dan memujuk Darwisyah,  Encik Lokman dan Puan Zalikha sanggup berbelanja lebih membeli pakaian seragam baru untuknya.  Dari hujung kepala hinggalah hujung kaki,  dengan harapan Darwisyah akan menurut arahan dan tidak memberontak.  Namun semua itu tidak menjadi. 


          "Kenapa cu..."  tanya neneknya kembali penuh kasih sayang.  "Jangan pintal tudung tu.  Nanti habis berkeredut.  Tak cantik pula cucu mak tok nanti."


           Wanita separuh usia itu yang mesra disapa nenek Leha di kalangan orang kampung menegur cucunya.  Kepalanya yang ditutup dengan anak tudung putih di betulkan.  Tubuh kurus keringnya disandar ke meja makan sambil tangannya ligat mencedok nasi goreng untuk sarapan mereka.  Baju kurung lama yang dipakai sedikit basah di bahagian hadapan.  Mungkin disebabkan percikan air ketika melakukan rutin membasuh di sinki pagi tadi. 


           "Isya tidak mahu bersekolah di sini,"  ujar Darwisyah.  Dia yang bersandar di kerusi meja makan memandang ke bawah. 


           "Kalau tidak mahu bersekolah di sini,  kenapa datang?"


            Zup!  Terasa seperti ingin pengsan ketika itu.  Suara balasan yang sememangnya tidak di jangka bergema.  Bulat matanya mencari arah sergahan itu.


           'Usu Roslan!'  getusnya di dalam hati.  Dia menelan air liurnya. terasa perit sekali.  Darwisyah bersandar tegak di kerusi.  Dia kelihatn takut.  Lagak tikus yang takut akan kucing.  Bapa saudaranya mengambil tempat berhadapan dengan Darwisyah ketika di meja makan.


           "Roslan!"


           Nenek Leha menegur anak bongsunya.  Suaranya sedikit keras walaupun bernada perlahan.  Nenek Leha sudah faham akan sikap anaknya itu.  'Entah bila lelaki ini akan berubah.'  Hati tua itu sempat berbisik halus.


           "Kalau hati tu sudah tawar untuk belajar di sini,  tidak perlu datang,"  ungkap lelaki itu lagi sambil memandang wajah anak saudaranya,  Darwisyah.


           Usu Roslan.  Adik bongsu Encik Lokman.  Lelaki ini belum mendirikan rumah tangga.  Dia kini tinggal bersama nenek Darwsiyah.  Usu Roslan bergelar usahawan.  Dia giat mengusahakan ternakan lembu sejak 3 tahun lalu.  Sehingga kini,  Darwisyah belum berpeluang melawat ladang ternakan bapa saudaranya itu.


            "Isya pergi dahulu nenek.  Assalamualaikum,"  Darwsiyah tidak menunggu lama.  Hunjanam Usu Roslan yang menyala begitu menakutkan.  Terasa inigin menyorok di belakang neneknya.  Tangan tua itu dikucup lembut sebelum melangkah ke arah bapa saudaranya pula.  Darwisyah menghulur tangan untuk bersalaman.  Di dalam hatinya,  pelbagai perasaan mula berkecamuk.  Risau,  malu,  gentar.  Risau jika Usu Roslan semakin membencinya lagi.  Dia juga malu jika huluran salamnya tidak disambut oleh Usu Roslan dan gentar jika lelaki itu akan terus melepaskan amarahnya yang masih bersisa.


            Alhamdulillah!  Itu kata hatinya apabila Usu Roslan sudi menerima huluran tangannya.


            "Kenapa kata begitu?  Tidak elok Lan,"  tanya wanita tua itu kepada anak bongsunya.  Raut wajahnya tampak kecewa.  Tangannya yang sedari tadi ligat membuat kerja kini sudah mengendur.


            "Mengapa mak baik sangat dengan budak itu?"  tanyanya kembali.  Pertanyaan ibunya di biarkan berlalu di bawa angin pagi.


             " Dia cucu mak Lan.  Satu-satunya cucu mak.  Darah daging kamu juga.  Sudahlah Lan.  Buang perasaan keras kamu.  Usah seksa minda dia.  Anak saudara kamu tidak mengerti apa-apa lagi,"


             Usu Roslan hanya diam apabila ibunya berkata begitu.  Mata kuyunya dikerdip beberapa kali.  Entah mengapa,  relung hatinya begitu sukar untuk melupakan perkara itu.  Dia sedar,  anak saudaranya itu memang langsung tidak bersalah.  Tidak sepatutnya dia bersikap sebegitu tehadap gadis itu.  Namun,  kerana marahkan abangnya,  Usu Roslan melempiaskan amarah kepada Darwisyah.  Tubuhnya yang agak tegap dan berotot ditegakkan.


             "Sarapan dahulu.  Sekejap lagi kamu hendak ke ladang.  Mak tidak ke sana mulai hari ini.  Kamu pulanglah makan tengahari nanti.  Anak saudara kamu sekarang tinggal dengan kita.  Makan minum dia sekarang di bawah tangunggjawab mak."


              Terang nenek Leha.  Pinggan nasi yang tidak sempat disentuh oleh Darwisyah di capai perlahan.  Bagaikan mahu menitis mutiara jernihnya.  Darwisyah tidak sempat bersarapan kerana takut akan bapa saudaranya.  Nasi goreng didalam pinggan itu diisi masuk semula ke dalam mangkuk besar.  'Kasihan cucu mak tok.'


             Titisan air matanya tiba-tiba mengalir perlahan.  Tidak mampu di bendung.  Usu Roslan yang asyik menjamu selera mendongak melihat wajah ibunya.  Seleranya serta merta lenyap.  Perasaan bersalah menyelinap di sanubarinya.


***** 

            
             Sementara itu,  Darwisyah yang begitu tersentuh dengan bicara bapa saudaranya berjalan perlahan menyusur jalan kampung menuju ke sekolah barunya.  Linangan air mata menemaninya sepanjang perjalanan ke sekolah.  Puas diseka,  tetap juga mengalir.  Laju.  Umpama tidak mahu berhenti.  Dia merasakan dirinya keseorangan di dunia ini.


             Rasa lemah kakinya.  Tenaganya seperti tertinggal di rumah ibu bapanya.  Hanya badannya ke sini.  'Menagapa Usu benci sekali dengan diri aku?  Apa yang telah aku lakukan terhadapanya?'  bicaranya dalam hati.  Jiwanya begitu sakit.  Jika permulaannya sudah pedih seperti ini,  mungkin hari-hari mendatang jiwa ini akan haus.  Hauskan simpati.


             "Assalamualaikum!"


             Sedang Darwisyah melangkah bersama rembesan air mata,  terdengar seseorang memberi salam dari arah belakang.  Dia berpaling ke belakang.  


             Seorang jejaka seperti sebaya dengannya.  Dia tidak mengenalinya  Lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah itu berjalan laju.  Cuma menghampiri Darwisyah yang sudah ke hadapan.  Gadis berusia 15 tahun ini seperti tidak berminat untuk menantinya.


             "Kau Darwisyah bukan?"  jejaka itu cuba meneka.


             Sebaik sahaja lelaki yang tidak di kenali itu bertanya,  Darwisyah berhenti melangkah.  'Dia mengenaliku?'  detik hatinya.  Tubuh kurusnya di pusing sedikit mengadap orang yang bertanya.


             Tinggi!  Itu anggapan pertamanya saat dia bersemuka dengan lelaki itu.  Ketika melihatnya dari jauh, Darwisyah tidak menyedari fizikalnya.  Enggan khayal lebih jauh,  Darwisyah mula bersuara.


             "Dari mana kau tahu nama kau?"


             "Aku Aniq.  Danish Aniq,"  dia memperkenalkan diri walaupun tidak diminta.


             Usai sahaja jejaka yang bernama Danish Aniq itu bersuara,  Darwisyah mula melangkah.  Sisa air mata di pipi merahnya disapu kasar.  Rasa laranya mulai hilang.  Malu jika bekas-bekas mutiara itu dikesan oleh Danish Aniq.


             "Mengapa kau menangis?"  Rupa-rupanya Danish Aniq sudah ternampak.  Wajah bujur sirih Darwisyah di lihat dari ekor mata.


             "Siapa kau?  Aku tidak kenal kau.  Tidak perlu rasanya untuk aku beritahu,"  bidas Darwisyah sambil berjalan.  


             "Oh!  Aku terlupa.  Aku saudara kau juga.  Ayah kau dan ibu aku sepupu."  Akhirnya pertanyaan Darwisyah terjawab.  


             "Saudara?"  nada suara Darwisyah kedengaran terkejut.  "Mengapa selama ini aku tidak pernah kenal kau?"  soalnya lagi.


             "Ya.  Kita saudara.  Aku tidak tinggal di sini sebelum ini.  Hanya 2 tahun yang lalu,  aku dan keluarga berpindah ke kampung ini.  Sebab itu kau tidak kenal aku"


             Jejaka itu kelihatan selesa berbual dengan Drwisyah.  Tutur katanya juga penuh adab dan tidak berlebihan.  Danish Aniq yang tua 2 tahun daripada Darwisyah mengukir senyuman apabila Darwisyah mulai berminat untuk berbicara dengannya.


            "Jadi sekarang kau sudah kenal aku bukan?  Boleh aku tahu menagapa air mata kau mengalir?"  risiknya lagi.


            Dia sabar menanti jawapan dari bibir kecil Darwisyah.  Menanti dan terus menanti.  Sehinggalah mereka tiba di pintu pagar sekolah,  Darwisyah masih bungkam.  Pelajar-pelajar semakin ramai.  Ada yang baru tiba sepertinya,  ada yang sedang berbual besama sahabat,  ada yang sedang makan dan tidak terkecuali ada segelintir daripada mereka khusyuk mengulang kaji pelajaran.  Bagus sekali!  Mereka tidak membuang masa sementara menunggu waktu pembelajaran bermula.


           Menyedari dirinya berada di tempat baru,  Darwisyah cemas.  'Kemana harus aku pergi? Aku pelajar baru.'  getus hatinya.  Dia mula mematahkan jari-jarinya.  Berlekup-lekap bunyinya.  Itulah tabiat Darwisyah jika dia berada dalam keadaan cemas dan takut.


          "Mari ikut aku,"  Sedikit terkejut Darwisyah.  Dia sangkakan Danish Aniq sudah berlalu meninggalkannya.  Rupa-rupanya dia masih di sini.


          "Ke mana?"  


          "Pejabat sekolah,"  jawabnya pendek.


          
          "Untuk apa?"  Soal Darwisyah lagi bersama kerutan di dahi.  Dia masih berdiri di tempat yang sama,  sedangkan Danish Aniq sudah jauh ke hadapan.


          "Nenek Leha minta aku temukan kau dengan guru kelas kau.  Cepatlah!"


          Danish Aniq yang sudah menghampiri ruang lobi memusingkan badannya.  Sambil berjalan,  dia menjawab.  Jejaka tinggi ini meninggikan sedikit suaranya untuk melawan suara-suara kecoh para pelajar yang lain.  Ditambah pula sekolah tersebut berhampiran dengan jalan raya utam yang semestinya mengundang pelbagai bunyi hiru-pikuk kenderaan.


          Tidak mahu membazirkan masa,  Darwisyah berlari anak mengikut jejak saudaranya yang sudah hilang di balik dinding lobi.  Mujurlah dia dapat menangkap kelibat Danish Aniq yang ketika itu sudah membelok ke kanan.


             


           


         

Plot dan kertas watak.

Plot

Bab 1 : seorang gadis yang sedang dalam perjalanan ke kampung - Di hantar oleh kedua ibu bapanya - kecewa - menangis.
Bab 2 : sebelum ke sekolah - terguris dengan kata-kata Usu Roslan - dalam perjalanan ke sekolah - berjumpa dengan saudara(Danish Aniq) - tolong temkan dengan guru kelas.
Bab 3 : abang ipar Encik Lokman mengunjungi mereka - bertanya khabar - pulang - Puan Zalikha mulai bimbang - tahu tujuan abangnya datang -

Monday 6 June 2011

BAB 1-Tercampak ke sana

            Hari minggu kini tiba.  Enak sekali jikalau dapat berehat di rumah.  Tetapi tidak bagi Darwisyah.  Dia kini sedang menuju ke kampung halaman bapanya.  Dia memeluk tubuh sambil bersandar ke belakang.

           "Ayah,  Isya tidak mahu tinggal di sana."  Wajah tenang bapanya yang sedang memandu di pandang melalui cermin pandang belakang.  Encik Lokman membalas pandangan anaknya kembali.  Puan Zalikha hanya membisu.  Dia bingung.  Tidak tahu bagaimana lagi untuk membuatkan Darwisyah berhenti berkata begitu.


          Semenjak dikhabarkan oleh bapanya bahawa dia akan di hantar ke kampung,  Darwisyah menolaknya arahan tersebut bulat-bulat.  Tapi apakan daya,  dia tidak mampu berbuat demikian.  Ibunya juga tidak berkata apa-apa.  Seperti bersetuju sahaja. 


         "Isya perlu tinggal di sana buat sementara waktu.  Isya tidak boleh berada di sini buat masa sekarang,"  kata Encik Lokman kembali.


         "Tapi kenapa ayah?  Isya hendak tahu kenapa Isya perlu tinggal di sana setelah bertahun-tahun Isya di sini?"


         Suara halus Darwisyah bergema di dalam kenderan sederhana besar itu.  Hatinya belum puas selagi bapanya tidak menjawab pertanyaannya.  Setiap kali dia bertanya soalan yang sama,  Encik Lokman tidak pernah memberikan jawapan.  Hanya diam.  Itulah yang selalu terjadi.


         "Isya tidak perlu tahu kenapa." 


         Kali ini Puan Zalikha menjawab bagi pihak suaminya.  Sebak dadanya apabila mendengar suara Darwisyah yang tidak putus-putus bertanya tentang perkara ini.  Bukannya dia tidak mengerti perasaan Darwisyah ketika ini,  tetapi kerana kisah silam  Puan Zalikha terpaksa.  Hak milik Darwisyah perlu dijaga.


         Darwisyah kecewa apabila mendengar kata-kata dari bibir Puan Zalikha.  Darwisyah sememang rapat dengan Puan Zalikha berbanding Encik Lokman.  Puan Zalikha juga tidak pernah berahsia dengan Darwisyah dalam segala hal.  Kepada Puan Zalikhalah tempat dia bercerita suka dan duka hidupnya. 


         "Mama dan ayah tidak sayangkan Isyakah?"  Suara Darwisyah kedengaran sayu.  Kolam matanya mulai penuh.  Kabur pandangan matanya.  Sudut kecil hatinya begitu tersentuh dengan keadaan ini.


         Encik Lokman menarik nafas panjang sebelum menghembusnya kembali lalu berkata,  "Darwisyah,  kamu anak ayah dan mama.  Satu-satunya amanah Allah untuk ayah dan mama.  Tidak mungkin kami berdua tidak menyayangi Isya."


        "Ayah tipu!  Kalau begitu,  mengapa ayah dan mama buat begini terhadap Isya?"


        Selar Darwisyah sebaik sahaja Encik Lokman menghabiskan ayatnya.  Pipi mulusnya sudah basah dek air mata.  Turun laju tanpa henti.  Teresak-esak.  Tekanan di dada seperti menghimpit kotak suaranya.  Payah sekali untuk di keluarkan.


        "Ini semua untuk kepentingan Isya,"  kata Puan Zalikha.  Dia memandang terus di hadapan.  Tidak berdaya rasanya untuk menatap wajah pilu anak gadisnya.  Dia menahan sebak di dada yang hampir pecah.  Puan Zalikha tahu Darwisyah sudah menangis ketika ini.  Dia tidak mahu terheret sama di dalam emosi tersebut kerana ini akan menyebabkan perasaan tidak ingin berpisah dengan Darwisyah akan semakin menebal.


        "Apa kepentingan Isya tu mama,  ayah?  Cuba beritahu Isya,  perkara apa yang begitu penting sehinggakan mama dan ayah sanggup hantar Isya ke kampung?"  Darwisyah menyoal kembali.  Esakkannya semakin kuat.  Kulit putihnya sudah kemerah-merahan menahan sakit di jiwa.


        "Bagi Isya,  dalam hidup ini tiada yang lebih penting melainkan mama dan ayah.  Hanya itu kepentingan Isya ayah,  mama!"  luahnya lagi bersama tangisan yang penuh hiba.


         Usai sahaja Darwisyah berkata begitu,  dia menyembamkan wajahnya ke bantal kecil bersaiz empat segi yang berada di sebelahnya.  Esak tangisnya tenggelam di bantal biru itu.  Darwisyah tidak dapat menerima nasib dirinya ketika itu.  Prasangka bahawa Encik Lokman dan Puan Zalikha tidak mengasihinya lagi bermain di kotak fikirannya.


         Encik Lokman berpaling ke belakang melihat reaksi anaknya sebelum kembali memberi tumpuan terhadap pemanduan.  Riak simpati terpancar di wajahnya.  Bebola matanya menceritakan kekeliruan yang sedang di alami.  Demi hak Darwisyah,  dia perlu melakukannya.  Kekecewaan Darwisyah ketika ini tidak boleh di ambil kira.


         Encik Lokman langsung tidak menyangka perkara ini akan berlaku.  Bertahun-tahun ia terjadi,  tiada siapa yang mempedulikannya.  Bukan dia yang minta semua itu.  Perkara itu di luar kawalannya.  Sambil memandang ke hadapan,  Encik Lokman mengurut lembut dahinya.  


          "Tidak lama.  Setelah semuanya selesai,  Isya boleh pulang ke rumah kita semula,"  pujuk ibunya pula,  Puan Zalikha.  Dia menoleh ke belakang memandang Darwisyah yang sudah berbaring di tempat duduknya.  Puan Zalikha tahu Darwisyah tidak lelap.  Dengar apa yang diungkapnya.


           "Berapa lama?  Sebulan? dua bulan?"  Darwisyah membalas bicara Puan Zalikha.


           Diam.  Tiada balasan.  Darwisyah yang menanti terus terasa hati.  Puan Zalikha memandang suaminya melalui ekor mata.  Mengharap Encik Lokman menjawab bagi pihaknya.  Namun,  dia juga membisu.  Mulutnya bagaikan terkunci.  


           Perjalanan diteruskan.  Suasana kembali sunyi.  Hanya kedengaran celoteh penyampai radio yang terpasang.  Darwisyah kini tenggelam dalam emosinya.  Puan Zalikha melemparkan pandangan nun jauh ke luar.  Mata bundarnya berair.  




*****



           Kereta milik Encik Lokman menyusuri lorong kecil itu.  Kampung Alur Mutiara.  Itu nama yang terpapar di pintu masuk menghala ke kampung itu.  Unik namanya!  Nama Alur Mutiara di ambil daripada sebuah sungai yang terdapat di kampung itu.  Alur sungai tersebut akan bercahaya setiap kali panahan terik matahari mengenai permukaannya dan cetusan cahaya bergemerlapan akan terpancar.  Serakan bias-bias cahaya itu persis mutiara apabila di lihat.  Dari peristiwa itulah,  nama Kampung Alur Mutiara ini wujud.  Sehingga sekarang,  keadaan tersebut dapat di saksikan.

              Teratak kayu 2 tingkat di hampiri.  Encik Lokman memberhentikan kereta.  Setelah enjin kereta dimatikan,  Encik Lokman dan isterinya keluar dari kenderaan tersebut.  

              "Assalamualaikum!"

              Laung Encik Lokman.  Puan Zalikha asyik sekali memerhati halaman rumah keluarga ibu mertuanya itu.  Bersih dan kemas.  Hamparan rumput hijau menerbitkan aroma segar.  Susunan batu-bata yang diatur sepanjang lorong masuk menghala ke rumah mengindahkan lagi persekitarannya.  Puan Zalikha yang tenggelam sebentar dengan panorama kampung itu kembali tersedar.  Laungan salam kali kedua oleh suaminya menghalau jauh lamunan tersebut.

             "Mak tiada di rumahkah?"  soal Puan Zalikha.

             "Abang tidak pasti.  Mungkin berada di dapur atau pun ke kebun."

             Balas Encik Lokman.  Dia memanjangkan lehernya.  Dia membawa kakinya ke arah pintu dapur yang sedikit tersorok daripada pandangan.  Puan Zalikha turut mencari kelibat ibu mertuanya setelah salam yang di beri tidak bersambut.  Beg tangannya di sangkut ke bahu.

            Darwisyah keluar dari kereta.  Wajahnya penuh sayu.  Tubir matanya masih lagi berair mata.  Entah mengapa,  dia begitu berat untuk tinggal di sini.  Bukan kerana tidak suka akan neneknya yang di panggil mak tok itu,  bukan kerana ia sebuah rumah kampung yang tidak gah seperti rumahnya di bandar, dan tidak juga kerana ia tidak boleh bebas jika tinggal di sini.

           Tetapi dia bimbang akan penerimaan bapa saudaranya.  Usu Roslan.  Adik bongsu ayahnya.  Ketika umur Darwisyah sekitar 5 tahun,  dia pernah di marahi oleh Usu Roslan.  Silapnya hanya kecil,  iaitu tidak sengaja memecahkan pasu bunga yang di perbuat daripada kaca.

           Masih terbayang lagi peristiwa itu......

           "Hidup menyusahkan aku!  Tak pernah nak senangkan hati!  Pergi dari sini.  Jangan dekat lagi dengan kawasan ni.  Faham!"

           Itu kata-kata yang masih terpahat di ingatan Darwisyah.  Waktu itu umur Usunya dalam lingkungan 19 tahun.  Sudah hampir dewasa.  Ya!  Memang ketika itu Darwisyah masih lagi kecil untuk memikirkan apa maksud disebalik kata-kata yang dilemparkan oleh Usu Roslan itu.  Tetapi,  fikirannya tidak semuda umurnya.   Itu antara ayat-ayat pedih yang masih diingati sehingga kini.

           "Man!  Ika!"


*****
           Tangisan yang berlaku dia antara Puan Zalikha dan nenek menghairankan Darwisyah.  'Mengapa mama menangis?  Bukankah aku yang akan di tinggalkan?'  Desis hati Darwisyah.  Pada pandangan mata Darwisyah,  daripada gaya Puan Zalikha ketika berjumpa dengan ibu mertuanya,  seperti ada sesuatu  yang tersirat.  Puan Zalikha menangis semahu-mahunya apabila nenek memeluknya.


           "Ika tinggalkan Isya pada mak buat sementara waktu.  Ika harap tidak menyusah mak,"  ujar Puan Zalikha.  Ruang dapur yang ketika itu sunyi sepi mula di hiasi dengan suara manusia.  Darwisyah duduk bersila di atas kerusi sambil menjamah sedikit makanan yang terhidang.  Seperti tidak mampu menelannya dek kesedihan yang masih bersarang.  Perbualan dua wanita yang lebih berusia itu hanya di dengar. 


           "Tidak mengapa.  Kamu selesaikan masalah itu dahulu.  Biarkan Isya di sini.  Mak akan jaga dia.  Insyaallah,  semuanya akan selamat,"  kata nenek kembali.


          "Inilah yang Ika bimbangkan.  Sejak peristiwa itu,  Ika selalu di hantui dengan bayangan seperti ini.  Ika tidak sangka ia terjadi juga,"  keluh Puan Zalikha.  Dia menunduk ke bawah.  Lengan kanannya yang di letak di atas meja makan di pandang.


          Puan Zalikha tidak kesal dengan apa yang sedang berlaku ini.  Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak ketika ini.  Apa yang paling di kesali sekarang adalah dia dan suaminya gagal memilih yang terbaik untuk anak mereka.


          "Sudah.  Kamu tak perlu bersedih begini.  Pulang ke sana dan selesaikan baik-baik.  Tapi kamu dan Lokman perlu ingat,  pertahankan hak Darwisyah."


          Hak?  Darwisyah yang leka melayan sendunya sedikit terpaku,  namun reaksinya tidak terlalu ketara.  Wajah tua neneknya dijeling dari ekor mata,  sementara otaknya ligat berfikir tentang perkara yang di bincang tadi.  'Nampaknya mak tok juga mengetahui punca sebenar aku dihantar ke sini,'  desisnya.  Darwisyah mulai berfikir tentang perkara itu kerana melalui perbualan di antara nenek dan Puan Zalikha,  dia menyedari bahawa ia berkaitan dengan dirinya.


         Menjelang petang,  Encik Lokman dan Zalikha mula beredar meninggalkan kampung.  Airmata Darwisyah tetap mengalir ketika melihat kereta kedua ibu bapanya beransur hilang di sebalik rimbunan pepohon.  Dia kelihatan lebih tenang berbanding ketika dalam perjalanan tadi.


        Kesedihan terhadap tindakan Encik Lokman dan Puan Zalikha yang menghantarnya ke kampung tanpa kerelaannya mula berkurangan.  Darwisyah lebih tertarik dengan apa yang didengarinya sepanjang hari itu.  Semuanya berkaitan dengannya.  Malam itu Darwisyah menghabiskan masanya berbual dengan neneknya sambil memikirkan bagaimana cara untuk mengetahui apa rahsia di sebalik semua ini.